Apabila Nabi ﷺ mengutus Mu'az bin Jabal RA ke negeri Yaman sebagai pendakwah kepada Allah dan guru, baginda menerangkan kepadanya bahawa dia akan berhadapan dengan kaum daripada kalangan Nasrani; agar dia bersiap sedia untuk mereka, kemudian hendaklah dia memulakan dakwahnya kepada mereka dengan mendahulukan yang terpenting kemudian yang penting, Maka dia menyeru mereka untuk memperbaiki akidah terlebih dahulu; dengan bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah; Kerana dengannya mereka memeluk Islam, maka apabila mereka tunduk mematuhinya, mereka diperintahkan untuk menunaikan solat; kerana ia ialah kewajipan yang teragung selepas Tauhid, Maka apabila mereka telah mendirikannya, Baginda memerintahkan orang kaya mereka untuk membayar zakat harta mereka kepada orang miskin mereka, kemudian memberinya amaran agar tidak mengambil harta yang terbaik; kerana yang wajib adalah yang pertengahan. Kemudian Baginda mewasiatkannya untuk menjauhi kezaliman, agar orang yang dizalimi tidak berdoa menentangnya, kerana sesungguhnya doanya diperkenankan.