Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa amalan terbahagi kepada enam jenis, dan manusia terbahagi kepada empat golongan. Enam amalan tersebut ialah: Pertama: Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka wajiblah baginya syurga. Kedua: Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah, maka wajiblah neraka ke atasnya, dan dia akan kekal di dalamnya. Dan keduanya adalah yang mewajibkan. Dan yang ketiga: Kebaikan yang diniatkan. Sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan, dan dia tulus dalam niatnya sehingga merasakannya di dalam hati dan Allah mengetahui niatnya itu, kemudian dia dihalangi oleh sesuatu perkara lalu tidak mampu melakukan kebaikan tersebut, maka ditulis baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan yang keempat: Kejahatan yang dilakukan, sesiapa yang melakukan satu kejahatan, ia ditulis sebagai satu kejahatan sahaja. Keduanya ialah: satu balasan yang serupa, tanpa penggandaan. Dan kelima: Satu kebaikan menjadi sepuluh kebaikan sepertinya, iaitu bagi sesiapa yang berniat melakukan kebaikan dan melakukannya; maka ditulis baginya sepuluh kebaikan. Keenam, satu kebaikan boleh menjadi tujuh ratus kebaikan, iaitu sesiapa yang menginfakkan sesuatu di jalan Allah akan dicatat baginya ganjaran setara tujuh ratus kebaikan. Ini adalah limpah kurnia dan kemurahan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Adapun empat golongan manusia ialah: Pertama: Orang yang dilapangkan rezekinya di dunia, hidup dalam kenikmatan dan mendapat apa sahaja yang dikehendakinya, tetapi kehidupannya disempitkan di akhirat dan kesudahannya adalah ke neraka, iaitu orang kafir yang kaya. Kedua: Orang yang disempitkan rezekinya di dunia, tetapi diberikan kelapangan di akhirat dan tempat kembalinya adalah ke syurga. Dia ialah mukmin yang fakir. Ketiga: Orang yang disempitkan di dunia dan akhirat, iaitu orang kafir yang fakir. 4. Orang yang diberi kelapangan di dunia dan akhirat, iaitu orang mukmin yang kaya.