Nabi ﷺ meminta bapa saudaranya Abu Talib, ketika beliau sedang dalam sakaratulmaut, agar mengucapkan 'tiada yang berhak disembah selain Allah' supaya baginda boleh memberikannya syafaat pada hari kiamat dan menjadi saksi keislamannya. Namun beliau enggan melafazkan syahadah kerana bimbang kaum Quraisy akan mencelanya dan mengatakan bahawa beliau memeluk Islam hanya kerana takut akan kematian dan berada dalam keadaan lemah! Lalu beliau berkata kepada Nabi ﷺ: "Kalaulah bukan kerana itu, nescaya aku telah menggembirakan hatimu dengan melafazkan syahadah, dan aku tunaikan hajatmu sehingga engkau reda!" Maka Allah SWT menurunkan ayat yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ tidak memiliki hidayah taufik untuk Islam, sebaliknya hanya Allah SWT sahajalah yang memberi taufik kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan bahawa Nabi ﷺ memberi hidayah kepada makhluk dalam bentuk petunjuk, penjelasan, bimbingan dan seruan ke jalan yang lurus.