explain-icon

exp

Seorang lelaki datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melakukan segala dosa dan maksiat, dan tidak aku tinggalkan dosa yang kecil mahupun yang besar melainkan aku telah melakukannya, maka adakah aku akan diampuni?” Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: "Bukankah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah?" Dia mengulangkannya kepadanya sebanyak tiga kali, Maka dia menjawab: "Ya, aku bersaksi," Maka Nabi ﷺ memberitahunya tentang kelebihan dua kalimah syahadah dan pengguguran dosa-dosa olehnya, dan bahawa taubat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.

explain-icon

fawaed

  • Keagungan syahadah dan berat timbangannya yang mengatasi dosa-dosa bagi orang yang mengucapkannya dengan jujur dari hatinya.
  • Islam menghapus segala sesuatu yang telah terjadi sebelumnya.
  • Taubat yang benar menghapuskan apa yang sebelumnya.
  • Pengulangan dalam pengajaran adalah sebahagian daripada petunjuk Nabi ﷺ.
  • Kemuliaan dua kalimah syahadah yang menjadi sebab untuk terselamat daripada kekal di dalam neraka.