explain-icon

exp

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ tentang dua perkara: yang menyebabkan masuk ke dalam syurga, dan yang menyebabkan masuk ke dalam neraka? Maka Nabi ﷺ menjawabnya bahawa perkara yang mewajibkan syurga ialah mati dalam keadaan menyembah Allah semata-mata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, Dan bahawa perbuatan yang menyebabkan neraka adalah apabila seseorang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, iaitu dengan menjadikan bagi Allah sekutu dan tandingan dalam uluhiyyah-Nya atau rububiyyah-Nya atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.

explain-icon

fawaed

  • Keutamaan bertauhid dan bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan beriman tanpa mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun akan masuk syurga.
  • Syirik adalah berbahaya, dan sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan menyekutukan Allah akan dimasukkan ke dalam neraka.
  • Para pelaku maksiat daripada golongan yang mengesakan-Nya adalah di bawah kehendak Allah SWT; jika Dia berkehendak, Dia akan mengazab mereka, dan jika Dia berkehendak, Dia akan mengampuni mereka, kemudian kesudahan mereka adalah ke syurga.