Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah تبارك وتعالى berfirman bahawa Dia adalah yang paling tidak memerlukan sekutu, kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu pun; dan bahawa jika seseorang melakukan suatu amalan ketaatan lalu menjadikannya untuk Allah dan untuk selain-Nya, maka Allah akan meninggalkannya, tidak menerimanya, dan mengembalikannya kepada pelakunya. Maka wajib mengikhlaskan amalan hanya kepada Allah SWT, kerana Dia tidak menerima melainkan amalan yang tulus ikhlas demi mencari keredaan-Nya.