Rasulullah ﷺ telah memberitahu tentang kebaikan dan dosa melalui sabdanya: Sifat paling agung dalam kebaikan ialah mempunyai akhlak yang baik kepada Allah melalui takwa. Kebaikan kepada makhluk dengan bersikap sabar, mengawal kemarahan, menebarkan senyuman, berkata dengan kata-kata yang baik, menjaga hubungan, taat, bersikap lemah lembut, berbuat kebaikan, menjaga akhlak yang mulia dalam pergaulan dan persahabatan. Kebaikan itu adalah apa yang menenangkan hati dan jiwa. Adapun dosa ialah apa sahaja yang timbul dalam hati berupa perkara-perkara yang meragukan, yang menimbulkan keraguan di hati tanpa menenangkan jiwa, sehingga muncul syak dan rasa takut bahawa ia mungkin suatu dosa. Perbuatan itu tidak ingin ditunjukkan kerana ia dianggap tercela di mata orang lain, walaupun orang lain sempurna atau mulia. Hal ini kerana fitrah manusia cenderung untuk memperlihatkan kebaikannya kepada orang lain; apabila ia merasa tidak senang jika perbuatannya diketahui, maka itulah dosa yang tiada kebaikannya. Jika orang lain memberikan fatwa, janganlah diambil sebagai pegangan selagi tanda keraguan itu masih ada dalam hati, kerana fatwa tidak menghilangkan keraguan jika keraguan itu wujud dan si pemberi fatwa memberi pendapat tanpa ilmu. Namun, jika fatwa itu berdasarkan dalil syarak, maka wajib bagi orang yang bertanya untuk merujuk kepadanya walaupun hatinya belum merasa tenteram.