explain-icon

exp

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa manusia beruntung yang mendapat syafaatnya pada hari Kiamat ialah orang yang mengucapkan: "Tiada yang berhak disembah selain Allah" dengan tulus murni daripada hatinya, iaitu tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan hendaklah ia bersih daripada syirik dan riyak.

explain-icon

fawaed

  • Penetapan syafaat bagi Nabi ﷺ di akhirat dan bahawa ia hanyalah bagi golongan yang mengesakan-Nya.
  • Syafaat Nabi ﷺ ialah permohonan baginda kepada Allah Taala bagi ahli tauhid yang layak masuk neraka agar tidak memasukinya, dan bagi mereka yang telah memasukinya agar dikeluarkan daripadanya.
  • Keutamaan kalimah Tauhid yang ikhlas bagi Allah تعالى dan keagungan kesannya.
  • Merealisasikan kalimah Tauhid ialah dengan mengetahui maknanya, dan mengamalkan tuntutannya.
  • Keutamaan Abu Hurayrah RA, dan semangatnya menuntut ilmu.