Nabi ﷺ menunaikan solat Subuh di Hudaibiyah -iaitu sebuah perkampungan yang berhampiran dengan Mekah- selepas hujan yang turun pada malam itu, Setelah baginda memberi salam dan selesai solatnya, baginda menghadap orang ramai, lalu bertanya kepada mereka: "Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu Azza wa Jalla?" Maka mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Maka beliau berkata: Sesungguhnya Allah SWT telah menjelaskan bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan ketika turunnya hujan: golongan yang beriman kepada Allah SWT, dan golongan yang kafir kepada Allah SWT. Maka adapun sesiapa yang berkata: “Kita diturunkan hujan dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya,” dan menyandarkan penurunan hujan kepada Allah SWT; maka dia adalah seorang yang beriman kepada Allah, Sang Pencipta lagi Pengatur alam ini, dan kafir terhadap bintang. Adapun sesiapa yang berkata: "Kami diberi hujan dengan sebab bintang sekian dan sekian"; maka dia adalah kafir kepada Allah, beriman kepada bintang, dan ia adalah kufur kecil kerana dia menisbahkan penurunan hujan kepada bintang; sedangkan Allah tidak menjadikannya sebagai sebab syar‘i mahupun qadari, Adapun sesiapa yang menyandarkan turunnya hujan dan kejadian-kejadian lain di bumi kepada pergerakan bintang-bintang ketika terbit dan terbenamnya, dengan meyakini bahawa ia adalah penyebab sebenar, maka dia telah kafir dengan kekufuran yang besar.