explain-icon

exp

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sesiapa yang menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan tanpa menambah sebarang solat sunat, berpuasa pada bulan Ramadan tanpa puasa sunat, meyakini kehalalan perkara yang halal dan melakukannya serta meyakini keharaman perkara yang haram dan menjauhinya, maka dia akan masuk syurga.

explain-icon

fawaed

  • Seorang Muslim harus berusaha menunaikan kewajipan (fardu) dan meninggalkan perkara yang haram, dengan tujuan utamanya adalah untuk masuk syurga.
  • Kepentingan melakukan yang halal dan meyakini kehalalannya, serta mengharamkan yang haram dan meyakini keharamannya.
  • Melakukan kewajipan (fardu) dan meninggalkan perkara yang haram adalah sebab masuk ke syurga.