Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk bersama Nabi ﷺ di masjid, masuklah seorang lelaki menaiki seekor unta. Dia menyuruh unta itu duduk di dalam masjid lalu menambatkannya. Kemudian dia berkata kepada orang-orang di situ: "Siapakah antara kamu Muhammad?" Pada ketika itu Nabi ﷺ sedang bersandar di tengah-tengah kami. Kami pun berkata: "Itulah lelaki berkulit putih yang sedang bersandar." Lelaki itu berkata kepada baginda: "Wahai anak Abdul Muttalib!" Lalu Nabi ﷺ bersabda: "Aku telah menjawabmu." Lelaki itu berkata kepada Nabi ﷺ: "Aku akan bertanya kepadamu, dan aku akan bersikap tegas dalam pertanyaanku; maka janganlah engkau menyimpan rasa terhadapku." Baginda bersabda: "Tanyalah apa sahaja yang terlintas bagimu." Dia berkata: "Aku bertanya kepadamu demi Tuhanmu dan Tuhan orang-orang sebelummu, adakah Allah yang mengutuskanmu kepada seluruh manusia?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu agar kami mendirikan solat lima waktu sehari semalam?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu agar kami berpuasa pada bulan ini dalam setahun?" Baginda bersabda: "Ya Allah, benar." Dia berkata: "Aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkanmu untuk mengambil sedekah ini daripada orang-orang kaya dalam kalangan kami lalu membahagikannya kepada orang-orang miskin dalam kalangan kami?" Lalu Nabi ﷺ bersabda: "Ya Allah, benar." Lelaki itu berkata: "Aku beriman dengan apa yang engkau bawa, dan aku adalah utusan bagi pihak kaumku yang berada di belakangku. Aku ialah Dhimam bin Tha'labah, saudara dari Bani Saad bin Bakr." صحيح - متفق عليه
explain-icon

exp

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau menceritakan: Ketika para Sahabat duduk bersama Nabi ﷺ di masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki seekor unta, lalu menderumkannya kemudian mengikatnya, Kemudian dia bertanya kepada mereka: "Siapakah antara kamu Muhammad?" Dan Nabi ﷺ sedang bersandar di antara kaumnya, lalu kami berkata: "Itulah lelaki putih yang sedang bersandar itu," Maka berkatalah lelaki itu kepadanya: "Wahai Ibn Abd al-Muttalib," Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Aku mendengarmu, maka bertanyalah, nescaya akan aku jawab.” Lalu lelaki itu berkata kepada Nabi ﷺ: “Sesungguhnya aku akan bertanya kepadamu dan bersikap tegas dalam pertanyaanku, maka janganlah engkau marah kepadaku.” Iaitu: janganlah engkau marah kepadaku, dan janganlah engkau ditimpa kesusahan, Maka baginda bersabda: Tanyalah apa yang engkau kehendaki, Maka dia berkata: "Aku bertanya kepadamu demi Tuhanmu dan Tuhan orang-orang sebelummu, adakah Allah mengutuskanmu kepada manusia?" Maka dia berkata: "Ya, benar" untuk menegaskan kebenarannya. Lelaki itu berkata: "Aku bertanya kepadamu dengan nama Allah, yakni aku memohon kepadamu demi Allah, adakah Allah memerintahkan kamu agar kami menunaikan solat lima waktu sehari semalam? Iaitu solat-solat fardhu," Dia menjawab: "Ya, benar." Dia berkata: "Aku bertanya kepadamu demi Allah, adakah Allah telah memerintahkanmu agar kita berpuasa pada bulan ini dalam setahun? Iaitu: bulan Ramadan," Dia berkata: "Ya, benar." Dia berkata: "Aku bertanya kepadamu dengan nama Allah, apakah Allah memerintahkanmu untuk mengambil zakat ini daripada orang kaya kami, lalu membahagikannya kepada orang miskin kami?” iaitu zakat, Nabi ﷺ bersabda, “Ya, itu benar.” Maka Dhimam pun memeluk Islam dan memberitahu Nabi ﷺ bahawa beliau akan menyeru kaumnya kepada Islam, kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Dhimam bin Tha'labah dari Bani Saad bin Bakr.

explain-icon

fawaed

  • Ketawadukan Nabi ﷺ sehinggakan seseorang tidak dapat membezakan antara baginda dengan para sahabatnya.
  • Akhlak Nabi ﷺ yang mulia, kelembutan baginda dalam menjawab orang yang bertanya, dan sesungguhnya jawapan yang baik merupakan antara sebab diterimanya dakwah.
  • Keharusan mengenalkan seorang lelaki dengan sifat putih dan kemerahan, tinggi dan pendek, dan seumpamanya, selagi mana tidak bertujuan untuk mencela, dan jika dia tidak membencinya.
  • Keharusan masuknya orang kafir ke masjid kerana hajat.
  • Haji tidak disebutkan dalam hadis kerana mungkin ia belum difardukan ketika itu.
  • Para sahabat amat bersungguh-sungguh dalam berdakwah kepada manusia; sebaik sahaja seseorang memeluk Islam, beliau akan terus menyeru kaumnya.