Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah memerintahkan baginda untuk memerangi kaum musyrik sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja, tiada sekutu bagi-Nya dan mereka mengakui Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai Rasul-Nya, serta melaksanakan tuntutan syahadah itu dengan menegakkan solat lima waktu dan menunaikan zakat yang wajib kepada yang berhak (mendapatnya). Apabila mereka sudah melakukan perkara-perkara tersebut maka Islam memelihara nyawa dan harta mereka, tidak halal membunuh mereka melainkan jika mereka melakukan jenayah atau kesalahan yang memang layak dikenakan hukuman mati menurut hukum Islam. Kemudian pada hari kiamat, Allah SWT akan mengadili mereka kerana Dia Maha Mengetahui segala yang tersimpan dalam hati mereka.