Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه menceritakan bahawa ketika dia kecil, dia membonceng di belakang Nabi ﷺ. Baginda bersabda kepadanya: “Aku mahu mengajarkanmu perkara-perkara yang akan memberi manfaat kepadamu: Jagalah Allah dengan menunaikan perintah-Nya dan menjauhkan diri daripada segala larangan-Nya, di mana Dia mendapati kamu dalam ketaatan dan amalan-amalan yang mendekatkanmu kepada-Nya, dan Dia tidak menemuimu dalam maksiat dan dosa. Jika engkau melakukan itu, maka balasanmu ialah Allah akan memelihara dirimu daripada segala bahaya dunia dan akhirat, serta menolongmu dalam setiap urusanmu ke mana sahaja engkau bergerak.” Apabila ingin meminta sesuatu, jangan minta kecuali kepada Allah, kerana hanya Dia yang mampu menjawab permintaan para hamba-Nya.” Sekiranya engkau ingin meminta pertolongan, janganlah meminta pertolongan melainkan kepada Allah. Hendaklah kamu yakin bahawa kamu tidak akan memperoleh sebarang kebaikan walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memberimu kebaikan, melainkan apa yang Allah sudah tetapkan untukmu. Begitu juga, kamu tidak akan ditimpa sebarang bahaya walaupun seluruh penduduk bumi berkumpul untuk memudaratkanmu, melainkan apa yang Allah sudah takdirkan Allah ke atasmu. (Ketahuilah) bahawa perkara ini telah ditulis dan ditakdirkan oleh Allah menurut hikmah dan ilmu-Nya, dan tiada yang dapat mengubah apa yang telah Allah tetapkan.