explain-icon

exp

Nabi ﷺ menerangkan bahawa setiap sesuatu dengan takdir; Sehinggalah kepada kelemahan, iaitu meninggalkan perkara yang wajib dilakukan, menangguh-nangguhkannya, serta melambatkannya daripada waktunya, dalam urusan-urusan dunia dan akhirat. Bahkan juga al-Kays, iaitu: kecergasan dan kepintaran dalam urusan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menakdirkan kelemahan, kepandaian dan segala sesuatu, dan tiada apa pun yang wujud melainkan telah didahului oleh ilmu dan kehendak-Nya.

explain-icon

fawaed

  • Penjelasan akidah para Sahabat رضوان الله عليهم tentang Takdir.
  • Segala sesuatu berlaku dengan takdir Allah, sehinggakan kelemahan dan kecergasan.
  • Ketelitian dan kehati-hatian para sahabat رضوان الله عليهم dalam menukilkan hadis Rasulullah ﷺ.
  • Percaya kepada takdir, sama ada yang baik mahupun yang buruk.