explain-icon

exp

Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan sebahagian hak seorang Muslim ke atas saudaranya sesama Muslim, Hak yang pertama ialah membalas salam bagi orang yang memberi salam kepada anda. Hak Kedua: Ziarah Orang Sakit. Hak ketiga: Mengiringi jenazah dari rumahnya ke tempat solat, ke tanah perkuburan sehingga dikebumikan. Hak yang keempat: Memenuhi undangan apabila dijemput ke walimatul urus dan seumpamanya. Hak kelima: Mendoakan orang yang bersin, iaitu dengan berkata kepadanya apabila dia memuji Allah: "Yarhamukallah" (Semoga Allah merahmatimu), kemudian orang yang bersin hendaklah menjawab: "Yahdikumullah, wa yuslihu balakum." (Semoga Allah membimbing anda, dan memperbaiki urusan anda).

explain-icon

fawaed

  • Keagungan Islam dalam menegaskan hak-hak sesama Muslim serta mengukuhkan persaudaraan dan kasih sayang antara mereka.
explain-icon

more