Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkan supaya mengubah kemungkaran iaitu segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya menurut kemampuan. Maka apabila seseorang melihat kemungkaran, wajiblah dia mengubahnya dengan tangan sekiranya berkemampuan. Sekiranya dia tidak mampu (mengubah dengan tangan), hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya, iaitu dengan menegur pelakunya, menjelaskan kemudaratannya serta membimbingnya kepada kebaikan sebagai ganti kejahatan tersebut. Sekiranya dia tidak mampu sampai kepada tahap ini, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, iaitu dengan membenci kemungkaran tersebut dan berazam bahawa jika dia mampu mengubahnya, dia pasti akan melakukannya. Mengubah dengan hati merupakan tahap iman yang paling lemah dalam usaha mengubah kemungkaran.