Daripada Ubay bin Ka‘b رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “{اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255].” Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Demi Allah, semoga engkau berbahagia dengan ilmu ini, wahai Abu al-Munzir.” صحيح - رواه مسلم
explain-icon

exp

Nabi ﷺ bertanya kepada Ubayy bin Ka'b tentang ayat yang paling agung di dalam kitab Allah, lalu beliau teragak-agak untuk menjawab. Kemudian, beliau berkata: "Ia adalah Ayat al-Kursi: {Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)}." Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam membenarkannya, lalu Baginda menepuk dadanya sebagai isyarat akan kepenuhannya dengan ilmu dan hikmah, dan mendoakannya agar beliau berbahagia dengan ilmu ini serta dipermudahkan baginya.

explain-icon

fawaed

  • Kelebihan agung bagi Ubay bin Ka'b رضي الله عنه.
  • Ayat Kursiy ialah ayat teragung dalam Kitab Allah Ta'ala, maka seyogianya ia dihafal, ditadabbur makna-maknanya, dan diamalkan.