explain-icon

exp

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah diangkatnya ilmu syariat, iaitu dengan kewafatan para ulama, Natijahnya, kejahilan bertambah banyak dan tersebar, perzinaan dan perbuatan keji tersebar, perbuatan meminum arak bertambah banyak, dan bilangan kaum lelaki berkurangan manakala bilangan kaum wanita bertambah; sehinggakan bagi lima puluh orang wanita ada seorang lelaki yang menguruskan hal ehwal mereka dan menjaga maslahat mereka.

explain-icon

fawaed

  • Penjelasan beberapa tanda kiamat.
  • Pengetahuan tentang waktu berlakunya kiamat adalah daripada perkara ghaib yang hanya Allah mengetahuinya.
  • Galakan untuk menuntut ilmu syarie sebelum kehilangannya.