Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda pada tahun pembukaan Kota Mekah semasa baginda berada di Mekah: “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.” Lalu ditanya: “Wahai Rasulullah, adakah dibolehkan menjual lemak bangkai? Kerana ia digunakan untuk melapisi kapal, dijadikan minyak dan orang ramai menyalakan pelita mereka dengannya.” Baginda menjawab: “Tidak, jualannya haram.” Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Allah telah memusnahkan dan melaknati orang Yahudi; apabila Allah mengharamkan lemak binatang ke atas mereka, mereka mencairkannya, kemudian menjual minyaknya, lalu memakan hasil jualannya.”