explain-icon

exp

Nabi صلى الله عليه وسلم mengkhabarkan tentang kurnia dan rahmat Allah, bahawa apabila seorang Muslim yang lazim melakukan suatu amalan soleh ketika sihat dan bermukim, kemudian dia mendapat keuzuran lalu jatuh sakit sehingga tidak mampu melakukannya, atau sibuk kerana bermusafir, atau sebarang keuzuran lain; maka dicatatkan untuknya pahala yang sempurna, sepertimana jika dia melakukannya ketika sihat dan bermukim.

explain-icon

fawaed

  • Luasnya pemberian Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
  • Galakan untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan dan memanfaatkan waktu ketika sihat dan lapang.