Ibn Abbas رضي الله عنهما menceritakan: Wahyu telah diturunkan kepada Rasulullah ﷺ dan Allah mengutus baginda ketika berusia 40 tahun. Baginda menetap di Mekah selama 13 tahun selepas turunnya wahyu. Kemudian, datang perintah ke atas baginda untuk berhijrah ke Madinah, lalu baginda menetap di sana selama 10 tahun. Selepas itu, baginda wafat ﷺ pada usia 63 tahun.