explain-icon

exp

Rasulullah ﷺ memerintahkan umatnya untuk menjauhi tujuh jenayah dan maksiat yang membinasakan. Apabila ditanya tentangnya, baginda menjelaskan bahawa ia adalah: Pertama: Syirik kepada Allah, iaitu dengan menjadikan tandingan dan sekutu bagi-Nya dalam apa jua bentuk, serta melakukan sebarang ibadah kepada selain Allah SWT. Perkara ini dimulakan dengan syirik kerana ia adalah dosa yang paling besar. Kedua: Sihir – iaitu berupa simpulan, jampi, ubat-ubatan dan asap-asapan – memberi kesan kepada jasad orang yang disihir sehingga menyebabkan kematian atau penyakit, atau memisahkan antara suami isteri. Ia adalah perbuatan syaitan, dan kebanyakannya tidak dapat dilakukan melainkan dengan syirik dan pendekatan kepada roh-roh jahat dengan sesuatu yang disukainya. Ketiga: Membunuh jiwa yang Allah haramkan pembunuhannya, kecuali dengan alasan syarak yang dilaksanakan oleh pemerintah. Keempat: Mengambil riba dengan memakannya atau dengan cara-cara pengambilan manfaat yang lain. Kelima: Memakan harta anak yatim yang belum baligh. Keenam: Lari dari pertempuran menentang orang-orang kafir. Ketujuh: Menuduh wanita-wanita merdeka yang suci melakukan zina, demikian juga menuduh kaum lelaki.

explain-icon

fawaed

  • Dosa-dosa besar tidak terhad kepada tujuh, dan pengkhususan tujuh ini adalah kerana kebesaran dan bahayanya.
  • Keharusan membunuh jiwa sekiranya dilakukan dengan hak seperti qisas, riddah, dan zina muhsan, dan ia dilaksanakan oleh pemerintah yang syar'i.