explain-icon

exp

Nabi ﷺ memerintahkan untuk menyampaikan ilmu daripada Baginda, sama ada daripada al-Quran atau sunnah, walaupun hanya sedikit seperti satu ayat al-Quran atau sepotong hadis, dengan syarat dia berilmu tentang apa yang disampaikan dan didakwahkannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa tidak mengapa menceritakan kisah-kisah daripada Bani Israel, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat kita. Kemudian baginda memberi amaran tentang berdusta atas nama baginda, bahawa sesiapa yang berdusta atas nama baginda dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempatnya di dalam neraka.

explain-icon

fawaed

  • Galakan untuk menyampaikan syariat Allah, dan seseorang hendaklah menyampaikan apa yang dihafal dan difahami walaupun sedikit.
  • Kewajipan menuntut ilmu syariat; agar dapat beribadah kepada Allah dan menyampaikan syariat-Nya secara sahih.
  • Kewajipan memastikan kesahihan sebarang hadis sebelum menyampaikannya atau menyebarkannya, agar tidak termasuk ke dalam ancaman yang keras ini.
  • Anjuran untuk jujur dalam percakapan dan berhati-hati dalam pertuturan, agar tidak terjerumus ke dalam dusta, khususnya dalam syariat Allah Azza wa Jalla.