Abu Musa al-Asy‘ari رضي الله عنه menceritakan bahawa Nabi ﷺ menghantarnya ke Yaman. Di sana, beliau ditanya tentang minuman yang dibuat di situ sama ada ia haram atau tidak, lalu Nabi ﷺ menanyakan kepadanya mengenai hal itu untuk mendapatkan penjelasan. Lalu Abu Musa رضي الله عنه menjawab: “Ia adalah al-Bat‘: Arak daripada madu, dan al-Mazar: Arak daripada barli.” Lalu Nabi ﷺ bersabda, dan baginda dikurniakan ucapan yang merangkumi segala hukum: “Segala yang memabukkan adalah haram.”