explain-icon

exp

Rasulullah ﷺ memberitahu kita bahawa iman seorang Muslim tidak sempurna sehingga dia meletakkan kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ melebihi kecintaan kepada ibu bapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia. Cinta ini menuntut ketaatan kepada baginda, membelanya dan menjauhi segala bentuk keingkaran kepada baginda.

explain-icon

fawaed

  • Kewajipan mencintai Rasulullah ﷺ dan meletakkan cintanya melebihi kecintaan kepada setiap makhluk.
  • Antara tanda kesempurnaan cinta ialah menegakkan sunnah Rasulullah ﷺ dan mengorbankan diri serta harta demi menegakkannya.
  • Cinta kepada Rasulullah ﷺ menuntut ketaatan kepada apa yang diperintahkan, meyakini apa yang disampaikan, menjauhi larangan dan teguran beliau serta mengikuti sunnahnya dan meninggalkan bidaah.
  • Hak Rasulullah ﷺ lebih agung dan lebih utama daripada hak semua manusia lain; kerana baginda adalah sebab kita mendapat petunjuk berbanding kesesatan, penyelamat kita daripada neraka dan kejayaan memperoleh syurga.