Nabi ﷺ memberitahu bahawa Allah telah mewajibkan beberapa perkara dan menetapkan kewajipan, maka patuhilah serta janganlah kamu mengabaikannya dengan meninggalkannya atau memandang ringan terhadapnya. Allah juga menetapkan batasan dan larangan yang jelas untuk menjadi penghalang dan peringatan kepada kamu daripada melakukan perkara yang tidak diredai-Nya, maka janganlah kamu melampauinya dengan menambah sesuatu di luar ketetapan syarak. Allah mengharamkan perkara-perkara tertentu, maka janganlah kamu mengambilnya atau mendekatinya. Adapun perkara selain daripada itu, Allah meninggalkannya dan tidak menjelaskannya sebagai rahmat-Nya kepada para hamba-Nya, maka hukumnya kekal berdasarkan asal iaitu harus, dan janganlah kamu terlalu mencari-carinya.