explain-icon

exp

Nabi ﷺ berdoa kepada Tuhannya agar tidak menjadikan kubur baginda seperti berhala yang disembah manusia dengan mengagungkannya dan menghadapnya ketika sujud. Kemudian, baginda ﷺ memberitahu bahawa Allah telah menjauhkan dan mengusir dari rahmat-Nya sesiapa yang menjadikan kubur para nabi sebagai masjid; kerana menjadikan kubur sebagai masjid adalah jalan yang membawa kepada penyembahannya dan kepercayaan terhadapnya.

explain-icon

fawaed

  • Melampaui batas syarak pada kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh menyebabkannya disembah selain daripada Allah, maka wajiblah berhati-hati daripada jalan-jalan syirik.
  • Tidak dibenarkan menjadikan kubur sebagai tujuan untuk diagungkan dan dijadikan tempat ibadah, walau bagaimana mulia sekalipun kedudukan penghuninya di sisi Allah Taala.
  • Pengharaman Membina Masjid Di Atas Perkuburan.
  • Pengharaman solat di kubur, walaupun tidak dibina masjid, kecuali solat jenazah yang belum disolatkan.