Rasulullah صلى الله عليه وسلم menerangkan kepada kita bahawa apabila baginda melarang kita daripada sesuatu perkara, maka kita wajib menjauhinya tanpa pengecualian. Apabila baginda memerintahkan kita dengan sesuatu perkara, maka hendaklah kita melaksanakannya mengikut kemampuan kita. Kemudian baginda memberi peringatan kepada kita agar tidak menjadi seperti sebahagian umat terdahulu yang terlalu banyak bertanya kepada nabi-nabi mereka serta menentang perintah mereka. Akibatnya, Allah menghukum mereka dengan pelbagai bentuk kebinasaan dan kehancuran. Oleh itu, semestinya kita tidak menjadi seperti mereka supaya kita tidak ditimpa kebinasaan sebagaimana mereka binasa.