explain-icon

exp

Seorang lelaki mengadu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa amalan-amalan sunat telah banyak sehingga dia tidak mampu melaksanakannya kerana kelemahannya. Kemudian dia meminta Nabi صلى الله عليه وسلم menunjukkan kepadanya satu amalan yang ringan tetapi mendatangkan ganjaran besar untuk dia amalkan dan berpegang teguh dengannya. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم membimbingnya agar lidahnya sentiasa basah dengan berterusan mengingati Allah سبحانه وتعالى pada setiap waktu dan keadaan, sama ada dengan tasbih, tahmid, istighfar, doa dan sebagainya.

explain-icon

fawaed

  • Keutamaan berterusan mengingati Allah تعالى.
  • Antara besarnya kurniaan Allah ialah memudahkan sebab-sebab untuk memperoleh pahala.
  • Perbezaan antara hamba-hamba Allah dalam bahagian mereka untuk melakukan pelbagai pintu kebaikan dan kebajikan.
  • Banyak mengingati Allah dengan lidah melalui tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan selainnya, disertai dengan keselarasan hati, yang boleh menggantikan banyak amalan sunat yang lain.
  • Perhatian Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap orang yang bertanya dengan memberikan jawapan yang sesuai bagi setiap orang.