explain-icon

exp

Sahabat, iaitu Sufyan bin ‘Abdullah رضي الله عنه bertanya kepada Nabi ﷺ agar baginda mengajarkannya suatu ucapan yang merangkumi makna-makna Islam, yang dapat dijadikan pegangan dan tidak akan bertanya tentangnya kepada orang lain. Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Katakanlah: Aku mengesakan Allah, dan aku beriman bahawa Dia adalah Rabb-ku, Tuhanku, Penciptaku dan Tuhan yang aku sembah, tiada sekutu bagi-Nya.” Kemudian tunduk kepada perintah Allah dengan menunaikan segala kewajipan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, serta konsisten dalam melakukannya.

explain-icon

fawaed

  • Asas agama ialah beriman kepada Allah dengan pengakuan-Nya sebagai Rabb, keesaan-Nya dalam ketuhanan, serta (beriman) drngan nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  • Kepentingan istiqamah selepas beriman, konsisten dalam ibadah dan mengekalkan ketekunan dalam ketaatan.
  • Beriman merupakan syarat penerimaan amal ibadah.
  • Beriman kepada Allah meliputi segala yang wajib diyakini dari sudut akidah, asas-asasnya, amalan hati yang mengikutinya, serta kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah secara dalaman dan luaran.
  • Istiqamah ialah teguh di jalan yang benar dengan melaksanakan perkara wajib dan meninggalkan larangan.