Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa iman yang sempurna bagi seorang Muslim tidak akan tercapai sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri dari segi ketaatan dan pelbagai kebaikan dalam agama dan dunia, serta membenci apa yang dibencinya untuk dirinya sendiri. Jika dia melihat saudaranya kekurangan dalam agamanya maka dia berusaha memperbaikinya, dan jika dia melihat kebaikan padanya maka dia membimbing dan menolongnya, serta menasihatinya dalam hal agama atau dunianya.