explain-icon

exp

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa sekiranya seseorang diberi hanya berdasarkan tuntutan mereka tanpa bukti atau petunjuk maka pasti ada orang yang akan menuntut harta dan nyawa orang lain. Oleh itu, pihak yang menuntut wajib mengemukakan bukti dan dalil bagi tuntutannya. Jika dia tiada bukti, tuntutan itu diserahkan kepada pihak yang dituntut; jika pihak itu menafikannya, maka wajib atasnya bersumpah, dan dia akan terbebas daripada tuntutan tersebut.

explain-icon

fawaed

  • Ibn Daqīq al-‘Īd berkata: “Hadis ini adalah salah satu asas daripada asas-asas hukum, dan ia merupakan rujukan yang paling utama dalam hal perselisihan dan pertikaian.”
  • Syariat diturunkan untuk melindungi harta dan nyawa manusia daripada sebarang penyelewengan.
  • Hakim tidak membuat keputusan berdasarkan ilmunya sahaja, tetapi merujuk kepada bukti-bukti yang ada.
  • Sesiapa yang menuntut sesuatu tuntutan tanpa bukti maka ia akan ditolak, sama ada berkaitan dengan hak dan urusan muamalat atau dalam perkara iman dan ilmu.